top of page

Selamat datang ke

E-portfolio kami

Untuk subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tatal ke bawah

PENGHARGAAN
how to play.jpg

Dalam usaha menyiapkan kerja kursus untuk subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Firdaus Ramli, iaitu pensyarah subjek MPU3123 Tamadun Islam dan Tamadun Asia kerana beliau telah banyak membimbing kami sepanjang penyediaan projek ini mengikuti kehendak topik dan bagi memenuhi segala keperluan bagi mendapatkan hasil tugasan yang cemerlang. Beliau turut memberi perancangan yang lanjut untuk menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan dengan efisien. Ribuan terima kasih juga diberikan kepada rakan-rakan sekumpulan kerana banyak menyumbang masa, tenaga dan koperasi bagi menjayakan projek ini.

PENDAHULUAN
unnamed (2).jpg

Seni muzik merupakan salah satu seni hiburan yang amat bersejarah dan diminati di negara kita dari dahulu hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial. Menurut kamus dewan pula seni muzik merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam bentuk lagu dan irama yang indah dan menyenangkan. Di Malaysia,seni muzik tradisional merupakan warisan turun temurun sesuatu kaum dan mempunyai keunikan tersendiri. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri yang bergantung kepada adat dan budaya sesuatu bangsa. Alat muzik juga merupakan lambang estetika dalam masyarakat kita. Ia bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan malahan menjadi alat untuk penyebaran maklumat dan sahsiah. Sesetengah alatan muzik juga mempunyai unsur magis yang boleh menaikkan semangat dan digunakan dalam upacara tertentu.

 

Masyarakat Cina di Malaysia juga kaya dengan warisan kesenian budayanya yang tersendiri. Begitu juga dengan seni musiknya. Amalan orkestra, sains bahan, akustik dan teori sistematik telah dibangunkan sejak kira-kira 8,000 tahun dahulu. Muzik Cina pada mulanya diciptakan berdasarkan penemuan seruling tulang pada zaman Neolitik. Muzik di China merupakan sebahagian daripada tradisi Confuciusnisme di mana ia digunakan dalam menjalankan upacara keagamaan. Beberapa alat muzik yang ditemui di tapak arkeologi Dinasti Shang termasuklah panpipes, loceng gangsa dan loceng batu dari tahun 1766 hingga 1027 S.M. Setelah Dinasti Han diasaskan, kerajaan empayar ini telah membentuk Biro Muzik. Biro ini ditugaskan untuk mengumpul dan menyunting melodi dan lagu rakyat awal. Hubungan luar seperti perdagangan telah membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan muzik tradisional Cina.

 

Dengan kumpulan penghijrah China yang agak besar bilangannya yang mendiami kawasan di sekitar Asia Tenggara, kebudayaan China, terutamanya kebudayaan tradisional China telah berakar dan turut diwariskan, disebar dan dikembangkan di rantau ini. Perkara ini telah menjadi suatu kepastian. Antara negara-negara di Asia Tenggara, Tanah Melayu, termasuk Malaysia, tidak disyaki lagi merupakan suatu kawasan yang agak penting dalam perkembangan kebudayaan tradisional China.


 

Warisan muzik masyarakat cina yang paling dikenali ialah muzik Guangdong. Muzik Guangdong sebenarnya berasal dan bermula dari Selatan China pada abad ke 20. Pada peringkat awal, muzik Guangdong dimainkan sebagai iringan muzik dalam Opera Yue. Kemudian, secara beransur-ansur muzik Guangdong telah menjadi popular bukan sahaja di seluruh China bahkan juga sangat diminati oleh para perantau China di seberang laut. Selain itu, alat-alat muzik tradisional masyarakat Cina yang digunakan juga sangat menarik sehinggakan dimainkan dalam okestra. 

Alat muzik tradisional Cina dikelaskan kepada empat kategori iaitu alat musik tiupan, gesek, bertali, dan bergendang. Antara alat muzik tradisional masyarakat cina yang akan kami mengaji adalah seruling, suo na, erhu, pipa, guzheng, yangqin, liuqin, ruan, gong pukul, dan simbal.

OBJEKTIF
11.jpg

Objektif projek kami Adalah membuat penyelidikan terhadap instrumen muzikal cina tradisional. Banyak instrumen tradisional cina telah dibangtikan selama Dinasti Tang, salah satu dinasti yang paling berkuasa dalam sejarah cina dan adalah umur emas untuk pembuangan muzik. Projet kami adalah untuk memahami dan menyelesaikan warisan yang boleh dilakukan dari Muzik Klasik Cina. Dalam projek ini, kami boleh menghasilkan laman web dan video berdasarkan penemuan kami. Salah satu matlamat utama projek ini adalah untuk memastikan bahawa warisan instrumen muzik cina tradisional ini terus diamalkan. Kami berhadap penciptaan platform ini boleh memberikan akses kepada orang-orang generasi kami untuk belajar dan memperolehi maklumat yang lebih lanjut tentang instrumen muzik traditionaliste kaum cina di Malaysia.

Hasil

Penyilidikan 

8c437e0854d4f98df4bb5d4d2c5634b4.jpg
01
Alat muzik 
Tiupan
02
Alat muzik 
Gesek
03
Alat muzik 
Bertali
04
Alat muzik
Perkusi
guzheng.jpg

Jurnal

refleksi

individu

Video Berkumpulan.

Kesimpulan.

Tamadun Cina merupakan salah satu tamadun yang kuat pengaruhnya. Di sini alat muzik tradisional Cina dikembangkan. Alat muzik tradisional Cina adalah warisan yang boleh diwarisi dan umumnya digunakan sebagai simbol budaya suatu bangsa. Sebagai kesimpulan projek ini, kami telah mengetahui bahawa generasi kami memainkan peranan penting dalam penjagaan alat muzik tradisional. Dalam projek ini, kami telah belajar bahawa kerja berpasukan dan kolaborasi sangat penting dalam satu pasukan. Setiap ahli menghasilkan karya berkualiti dan dapat menyertai setiap perbincangan dalam talian tepat pada waktunya. Kami selalu saling berpandangan setiap kali memerlukan. Jangan sampai kita ketinggalan warisan alat muzik tradisional ini setelah tradisi ini kita ditelan oleh zaman. Oleh itu, untuk memastikan bahawa warisan ini berterusan, kami telah membuat laman web supaya komuniti kami mendapat peluang untuk belajar mengenai alat muzik tradisional Cina.

Appendiks.

PENGUMPULAN

MAKLUMAT

RINGKASAN

MAKLUMAT

PENGUMPULAN

VIDEO

GAMBAR- GAMBAR PERBINCANGAN ZOOM

bottom of page