top of page

[ Jurnal Refleksi Individu ]

KETUA KUMPULAN

Jane Yong Sin Yii  -  0338792

Dalam tugasan ini, saya telah belajar tentang Seni muzik tradisional masyarakat Cina di Malaysia secara mendalam dengan rakan-rakan sekumpulan. Pada pandangan saya, alat muzik tradisional Cina adalah warisan budaya dan umumnya digunakan sebagai simbol budaya suatu bangsa. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa generasi kami memainkan peranan penting dalam penjagaan alat muzik tradisional untuk mengellakannya lapuk ditelan zaman. Selain itu, saya telah memahami cara-cara untuk berkomunikasi dengan para ahli kumpulan dengan lebih efektif. Kolaborasi dan toleransi antara satu sama lain memanglah unsur-unsur yang penting ketika menyelesaikan masalah yang wujud dalam projek ini.

AHLI KUMPULAN

Danial Shahzani Bin Entoni  -  0336278

Apabila membuat tugasan yang kumpulan saya pilih. Saya dapat belajar banyak tentang alat-alat muzik tradisi cina. Ketua kumpulan saya memberi tugas kepada saya dan tugasnya adalah mencari informasi tentang alat muzik tradisi cina Xiao dengan Dizi. Selepas berkerja bersama kumpulan ini. Saya dapat berkomunikasi bersama baru yang saya tidak pernah kenal. Tetapi selepas berkomunikasi bersama mereka. Saya dapat berkerja bersama mereka dengan lancar kerana mereka semua berfikiran terbuka dan sering memahami satu sama yang lain.

AHLI KUMPULAN

Phuah Ru Shen  -  0343669

Dalam tugasan ini, saya telah menimba dan memperluas ilmu pengetahuan saya tentang seni muzik tradisional masyarakat cina di Malaysia secara terperinci, terutamanya alat muzik perkusi, seperti gong dan simbal yang telah saya buat kajian. Hal ini mengingkatkan saya supaya tidak melupakan adat warisan budaya masyarakat Cina yang amat berharga ini. Tambahan pula, saya telah memikul tanggungjawab untuk menyunting dan mengumpul video rakaman untuk projek ini. Justeru, saya diberi peluang untuk menceburi dalam pembelajaran menggunakan aplikasi menyunting video yang lain secara mendalami untuk menghasilkan video yang menarik dan kreatif. Saya amat bersyukur kerana ahli-ahli kumpulan saya bersikap toleransi, bertolak ansur dan bekerjasama semasa menyiapkan tugasan ini melalui cara komunikasi yang baik dan efektif.

AHLI KUMPULAN

Bisyari Roslan  -  0328340

Inginkan saya menyampaikan seikhlas-ikhlas ribuan terima kasih atas kewujudan modul tamaduan islam dan asia ini, dan juga atas peluang yand diberi untuk mempelajari lebih-lebih lagi topik tugasan kami sekumpulan iaitu, alat seni muzik tradisional cina. Sebelum menempuhi modul ini, jujur kata saya berasa kurang jelas tentang alat-alat seni cina tetapi disebabkan modul ini saya kini lebih mengetahui secara mendalam tentang topik tersebut termasuklah fungsi- fungsi, cara penggunaan alat muzik cina. Saya amat bersyukur juga atas penerimaan diri saya ke dalam sekumpulan rakan saya yang penuh dengan sifat baik hati, kerjasama dan peramah, mereka juga antara sebab saya mampu menghabiskan pembelajaran saya dalam modul ini. Bagi saya, modul ini wajiblah meneruskan matlamat dan sikapnya terhadap belajar seperti mana saya alami ketika menjalankan tugas bersama ahli kumpulan saya.

AHLI KUMPULAN

Reanie Synnie Koh  -  0337721

Projek ini telah membolehkan saya lebih memahami sejarah  dan bagaimana alat muzik yang berbeza dari budaya yang berbeza menjadi bagaimana dan bagaimana ia dicampur bersama untuk menjadikan musisc tempatan apa hari ini.Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih terhadap ahli-ahli kumpulan saya yang terlibat dalam tugasan ini. Tanpa kerjasama, semangat dan bantuan setiap ahli, tugasan ini tentu tidak akan berjaya.

AHLI KUMPULAN

Chu Er Xuan  -  0339365

Dalam projek ini, saya telah memperoleh pemahaman mengenai seni muzik tradisional masyarakat Cina Malaysia. Saya ditugaskan mencari maklumat alat muzik Pipa dan Guzheng, dan membuat blog dengan menggunakan Wix. Dalam proses menjalankan tugas, saya memahami semua alat-alat muzik mempunyai sejarah dan  cara bermain yang tidak bersama. Selain itu, mereka mempunyai talian suara yang unik dan memainkan peranan yang penting dalam sebuah orkestra. Di samping itu, saya telah belajar bagaimana berkomunikasi dengan ahli pasukan saya  semasa menjalankan perbincangan. Untuk mencapai matlamat projek ini, semangat kerjasama dan toleransi antara ahli-ahli kumpulan adalah elemen yang sangat penting.

AHLI KUMPULAN

Ivan Khoo Yun Fan  -  0344608

Dalam projek ini, saya telah belajar mengenai seni muzik tradisional masyarakat Cina. Saya membuat kajian mengenai alat muzik Liuqin dan ruan. Dalam kemajuan penyelidikan, saya lebih memahami sejarah alat-alat muzik Cina dan juga perbezaan fungsi alat-alat Cina tersebut. Selain itu, saya berasa gembira kerana kumpulan kami bersikap kerjasama dalam semua perbincangan dan memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

AHLI KUMPULAN

Joyce Low Li Xuan  -  0342002

Dalam projek ini, saya telah mempelajari pelbagai instrumen tradisional Cina yang tidak pernah saya ketahui ada. Saya ditugaskan untuk membuat kajian mengenai pipa dan suona. Ini membolehkan saya mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai latar belakang dan sejarah setiap instrumen. Saya sangat gembira mempunyai sekumpulan rakan sepasukan yang akrab dengan saya. Sudah bertahun-tahun saya tidak berhubung dengan Bahasa Melayu. Walaupun saya harus terus mengambil semula video saya kerana saya menghadapi masalah untuk mengucapkan kata-kata, ini adalah pengalaman yang baik untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu lagi.

AHLI KUMPULAN

Amy Lee Qian Hui  -  0344494

Dalam tugasan ini, saya belajar banyak pengetahuan alat muzik yang tidak saya ketahui sebelumnya. Bahagian yang saya bertanggungjawab adalah gendang 24 perayaan dan perbandingan antara alat muzik Cina dan okestra Barat. Saya selalu menyukai muzik Cina, jadi saya berbesar hati kerana mempunyai peluang ini untuk membolehkan saya memahami pengetahuan ini dengan baik. Saya amat bersyukur kerana semua orang adalah sangat koperasi. Komunikasi antara ahli pasukan kami juga sangat baik. Walaupun terdapat sebarang masalah, kami pun akan menyelesaikannya bersama-sama.

AHLI KUMPULAN

Zoe Teo  -  0337742

Projek ini meningkatkan pengetahuan saya mengenai seni muzik tradisional.Melalui penyelidikan untuk projek ini, saya belajar banyak tentang banyak jenis alat muzik dari tradisi Cina. Walaupun saya terlambat menyertai kumpulan ini, ahli kumpulan saya membantu saya dengan banyak. Ahli-ahli kumpulan saya terancang projek ini dengan baik. Projek ini memperbaik pertuturan saya dalam Bahasa Melayu juga.

bottom of page